Thursday, October 16, 2008

Sehari di Sri Pentas


Hari ini saya menghantar isteri saya (www.munaizzah.blogspot.com) ke Sri Pentas untuk satu siri rakaman bagi siaran TV9. Rakaman tersebut adalah untuk rancangan Sahabat yang bersiaran setiap Sabtu jam 7.30 malam. Rancangan Sahabat disasarkan terutamanya kepada penonton remaja dan tema bagi episod yang dirakamkan hari ini adalah Emosi & Gangguan Emosi.

Dalam perjalanan, saya dan isteri sempat berbincang tentang isi kandungan yang boleh dikemukakan untuk program tersebut. Antara perkara yang sempat saya kongsi dengan isteri adalah seperti berikut:-

  • Emosi adalah satu daripada empat unsur kejadian manusia iaitu tubuhbadan (fizikal), emosi (emosional), akal (intelektual) dan ruhani (spiritual). Kesemua unsur pada diri manusia ini adalah saling bergantungan antara satu sama lain.
  • Sementara akal manusia terhasil dari aktiviti otak, emosi dikatakan terbit dari hati manusia. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud “Ketahuilah pada jasad manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging tersebut, maka baiklah manusia tersebut, sekiranya buruk daging tersebut maka buruklah manusia tersebut. Ketahuilah ianya adalah hati (al-kalb)”.
  • Emosi manusia ada turun naiknya. Ada masa gembira, ada masa sedih. Ada masa suka, ada masa duka. Tak kira apa jantina, umur, kedudukan dan pangkat seseorang, setiap manusia ada masa emosinya menurun dan terganggu.
  • Persoalannya, bagaimana untuk menangani emosi yang menurun dan mengelakkan gangguan emosi yang serius?
  • Manusia cenderung untuk bersikap reaktif kepada emosi yang timbul dalam dirinya. Apabila marah mereka bertindak mengikut marah mereka, apabila malas mereka abaikan tugas, apabila sedih mereka berputus asa. Begitulah seterusnya.
  • Rasulullah ada berpesan “Bukanlah kekuatan itu diukur dengan pertarungan, tetapi kekuatan itu apabila seseorang mengawal dirinya (emosinya) apabila marah”.
  • Maksudnya, manusia tidak boleh membiarkan emosi mengawal diri, tapi diri yang mengawal emosi.
  • Kita tidak boleh bersikap reaktif pada emosi tapi mesti bersikap proaktif. Contoh: marah-bertarung(reaktif), sedih-berputus asa (reaktif), malas-tidur (reaktif).
  • Untuk menjadi proaktif, kita mesti membuat keputusandan pilihan sebelum kita bertindak. Contoh: marah-fikir & buat keputusan-bertindak, sedih-fikir & buat keputusan-bertindak dan seterusnya.
  • Manusia selalu tidak menyedari bahawa mereka ada kekuatan untuk membuat pilihan sebelum bertindak. Latihlah diri anda untuk mendapatkan kekuatan ini.
  • Biar akal yang menguasai emosi kita. Biar ruhani (kepercayaan hidup) yang menguasai emosi kita. Insha Allah, kita berjaya.

Begitulah kisahnya.

Sebelum beredar dari Sri Pentas, ada dua gentleman menyudikan diri bergambar dengan saya. Anda kenal ke? Saya ingat peminat blog saya… :)

7 comments:

Muna 'Izzah Dato' Hj Fadzil said...

wah wah wah,,he, hee,, ye mereka berdua peminat u.
i like this topic. hope to read more on this. one more thing, really appreciate ur support. u understand me well. :)

Afyan said...

Tajuk yang lebih sesuai "Dalam Perjalanan Ke Sri Pentas"....

www.afyan.com

ROHAN said...

Saya juga peminat ilmu jiwa.

Sekarang ni tengah baca dua buku. Satu oleh pakar jiwa Amerika (Doktor Psikiatri) dan satu lagi juga oleh Pakar Psikoloji dan Psikiatri Amerika - Simund Freud.

Saya percaya tajuk tersebut menjadi tarikan kepada penonton TV9 dan juga weblog saudara.

Tranungdaily said...

ROHAN, Hati2 dgn sigmund freud. Byk TEORINYA bercanggah dgn Ajaran Islam...

rohan said...

tranungdaily, terima kasih atas ingatan.

Saya tidak suka berspekulasi. Hentam orang tanpa usul periksa. Fanatik. Itu sifat tidak baik. Bahkan merugikan dengan berpegang kepada fakta yang salah.

Dengar hujah kedua-dua pihak dulu kemudian baru buat keputusan.

Lagipun Quran pun kata: "Wa jadilhum billati hiya aqwam".

Memang saudara boleh tafsir ayat ini dengan tafsiran saudara. Apapun begitulah kelonggaran yang diberi oleh al-Quran: bincang dulu..Bagaimana nak bincang kalau tak dengar dulu pihak satu lagi nak kata?

Salam

Abu Jundal said...

Saya sokong Rohan. Betul tu. Jangan taksub. Kebenaran boleh jadi ada pada musuh. Pencinta kebenaran tidak taksub

hafiz hamdan said...

hafiz ni, ank spupu ayah ki...Wow, ganasnyer.samsul ngn hattan minat blog ayah ki...